top of page
Selamat Datang ke laman web i-kalam inovasi dan kreativiti. Kami sangat gembira atas kunjungan anda serta minat yang anda tujukkan.
Terima kasih.
Berikut ini kami paparkan beberapa projek inovasi yang telah kami hasilkan, sebagai perkongsian idea dan rangsangan
ke arah pembentukan budaya inovasi dan kreatif.
DVD BOX ESAM K.jpg

E-SAM

​

Aplikasi pintar pengurusan peperiksaan membolehkan guru membina soalan peperiksaan tanpa pelu menaip. Soalan ujian dan peperiksaan boleh dibina seberapa kerap yang diperlukan dalam masa kurang daripada lima minit. Menerusi jaringan dan perkongsian pitar, ahli boleh mengekses kepada hampir 8,000 soalan berstandard SPM. “BUAT SOALAN PERIKSA TAK PERLU TAIP”

 

Projek inovasi ini telah dipamerkan dalam Kelantan International Learning and Innovation Exhibition 2018 (KILIEx 2018) : UiTM Kelantan : 15 Ogos 2018 dan telah memenagi PINGAT EMAS

DVD BOX Arabic Self Assessment.jpg

Arabic Self Assessment

​

Aplikasi yang dibina khas untuk guru dan pentadbir untuk menilai dan menganalisa kualiti soalan peperiksaan berdasarkan aras kesukaran dan aras kognitif serta pematuhan kepada JSU yang ditetapkan. Pencapaian pelajar boleh dianalisa secara konprehensif secara individu atau kumpulan.

 

Projek inovasi ini telah dipamerkan dalam pertandingan The 1st CInTeLL Exhibution Creative & Innovative Teaching and Learning of Language 2018, UMP : 25-26 Jun 2018 dan telah memenagi PINGAT EMAS dan BEST PRESENTATION

PROMO DVD BOX Taqyim Zati K.jpg

Taqyim Zati

​

Aplikasi TAQYIM ZATI mampu membantu guru menjalankan aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan dan berkesan menepati konsep PdPc Abad Ke-21 yang banyak menekankan penggunaan ICT dan teknologi digital. Aplikasi TAQYIM ZATI boleh dijalankan secara off-line dan tidak memerlukan capaian internet. Ini bererti, ia boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja. Aplikasi ini menyediakan template untuk sebanyak 50 soalan latihan objektif bagi setiap topik pembelajaran.

 

Projek inovasi ini telah dipamerkan dalam Pertandingan K-Novasi Pengajaran dan Pembelajaran 2018, UKM : 17-18 Januari 2018 dan telah memenagi PINGAT PERAK.

PROMO DVD BOX K.jpg

Al-Tadribat al-Fawriyyah

​

Al-Tadribat al-Fawriyyah tampil membantu guru-guru bahasa Arab khususnya dalam menyediakan aktiviti pengukuhan di akhir setiap sesi pembelajaran. Guru-guru boleh menyediakan soalan latihan dan pengukuhan bagi setiap topik yang diajar dengan mudah kerana al-Tadribat al-Fawriyyah menggunakan perisian aplikasi MS Excel versi bahasa Arab sepenuhnya. Latihan al-Tadribat al-Fawriyyah boleh dilaksanakan di dalam kelas pada akhir sesi pembelajaran atau pelajar-pelajar boleh menyempunakannya sebagai kerja rumah yang boleh dicapai menerusi on-line.

 

Projek inovasi ini telah dipamerkan dalam Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2017, UKM : 17-18 Disember 2017 dan telah memenagi PINGAT PERAK.

PROMO DVD BOX ERPH GANU.jpg

E-RPH

​

Excel-Rancangan Mengajar Harian (E-RPH) adalah sebuah projek inovasi berasaskan perisian aplikasi MS Excel. Menerusi perisian ini, guru-ruru dapat menyediakan rancangan mengajar harian (RPH) secara mudah dan seragam. Aplikasi ini boleh dijalankan secara off-line dan tidak memerlukan kepada capaian internet. Pengguna (guru-guru) yang telah sedia memiliki perisian MS Excel (MS Office 2007 dan ke atas) tidak memerlukan instalasi dan tidak memerlukan lesen khas. 

 

Inovasi ini telah dimanfaatkan oleh guru-guru bahasa Arab di negeri Terengganu.

PROMO DVD BOX ARMADA.jpg

ARMADA

​

Aplikasi ARMADA, iaitu aplikasi rancangan mengajar dan analisa data merupakan aplikasi rancangan mengajar harian (RPH) yang dibina khas untuk guru-guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Pahang yang mengajar mata pelajaran dalam Kurikulum Buuth dan juga Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia. Paparan muka utama ARMADA mengandungi beberapa tab, antaranya tab untuk menulis rangcangan mengajar harian, tab untuk memasukkan markah ujian dan peperiksaan, tab untuk menaiktaraf kandungan dan data, tab untuk membuat analisa, tab untuk penggredan dan tab untuk cetak laporan.

 

Inovasi ini telah didaftarkan untuk menyertai pertandingan inovasi peringkat negeri anjuran SUK Negeri Pahang bagi tahun 2019. Aplikasi ini akan digunakan secara rasmi oleh semua guru di seluruh Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang mulai sesi persekolahan tahun 2019, insyaallah.

​

© 2018 Amilrudin Ishak
bottom of page