top of page
PROMO DVD BOX K.jpg
Wald UKM 2017 K.jpg
Sijil Wald 2017 K.jpg

GURU-GURU yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini, sila hubungi wasap kami

01120601899

​

atau hantar ke emel kami

PERCUMA

AL-TADRIBAT AL-FAWRIYYAH

Amilrudin Ishak & Romlah Jaafar

 

ABSTRAK

​

Dunia pendidikan hari ini beralih kepada gaya baru yang dikenali sebagai Pendidikan Abad Ke-21. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah diganti dengan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berpusatkan murid. Penggunaan teknologi digital dan teknologi maya semakin tak dapat dipisahkan. Guru-guru dihambat oleh tuntutan kemajuan dan kecanggihan ICT menyebabkan ramai yang mengalami tekanan dan bebanan tugas yang berat. Al-Tadribat al-Fawriyyah tampil membantu guru-guru bahasa Arab khususnya dalam menyediakan aktiviti pengukuhan di akhir setiap sesi pembelajaran. Guru-guru boleh menyediakan soalan latihan dan pengukuhan bagi setiap topik yang diajar dengan mudah kerana al-Tadribat al-Fawriyyah menggunakan perisian aplikasi MS Excel versi bahasa Arab sepenuhnya. Latihan al-Tadribat al-Fawriyyah boleh dilaksanakan di dalam kelas pada akhir sesi pembelajaran atau pelajar-pelajar boleh menyempunakannya sebagai kerja rumah yang boleh dicapai menerusi online.

​

NOVELITI DAN PEREKAAN

 

Noveliti dalam amalan pendidikan    

  • Latihan sangat penting terutamanya di akhir sesi PdPc. Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah mampu membantu guru menjalankan aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan dan berkesan.

Sumbangan kepada amalan terkini (selesai masalah/baiki proses)

  • Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah menepati konsep PdPc Abad Ke-21 yang banyak menekankan penggunaan ICT dan teknologi digital yang menjadi budaya belajar generasi muda hari ini.

 

PRAKTIKAL DAN KEBOLEHGUNAAN

 

Mudah dilaksanakan

  • Mudah dilaksanakan kerana pengguna (guru/pelajar) telah biasa menggunakan perisian MS Excel.

  • Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah boleh dijalankan secara off line dan tidak memerlukan capaian internet. Ini bererti, aplikasi ini boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja.

  • Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah menyediakan template untuk sebanyak 50 soalan latihan objektif bagi setiap topik pembelajaran.

Keberkesanan kos

  • Secara amnya al-Tadribat al-Fawriyyah tidak memerlukan sebarang kos tambahan kerana menggunakan aplikasi MS Excel yang telah tersedia dalam setiap komputer dan tablet.

Luwes dan berpotensi untuk dikembangkan

  • Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah boleh dikembangkan kepada semua subjek bahasa Arab untuk semua darjah dan tingkatan. Guru-guru boleh berkongsi fail al-Tadribat dengan guru-guru dari sekolah lain. Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah juga boleh dijadikan sebagai bank soalan.

 

KESAN KEPADA HASIL PEMBELAJARAN BAHASA

​

Tatabahasa/kemahiran&bahasa/ budaya/pembelajaran

  • Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah boleh melaksanakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, menulis, membaca dan kemahiran tatabahasa (nahu). Pelajar boleh membuat latihan di rumah secara berulang kali sehingga menguasai isi pelajaran dengan baik.

 

IMPAK

​

Impak ke atas program/ pengurusan/organisasi

  • Impak yang paling ketara ialah minat pelajar kepada subjek bahasa Arab akan meningkat, sekaligus menyebabkan pelajar mudah memahami pelajaran. 

  • Motivasi guru dan pelajar meningkat kerana dirangsang oleh elemen teknologi yang mudah disesuaikan dengan PdPc Abad Ke-21.

  • Bagi organisasi/sekolah yang sepenuhnya melaksanakan konsep pembelajaran Abad Ke-21 pasti dapat memanfaatkan Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah ini dengan mudah dan berkesan.

 

PERSEMBAHAN

​

Menarik, mudah difahami

  • Persembahan dalam bentuk penerangan lisan menggunakan bahasa yang yang tepat dan mudah.

  • Sokongan bahan bercetak seperti poster dan flyer yang berwarna-warni menarik perhatian pengunjung.

  • Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah telah disediakan sebanyak 20 salinan yang sedia untuk dipamerkan dan diedarkan kepada pengunjung.

Meyakinkan

  • Penerangan dan fakta yang diberi adalah tepat serta disokong dengan contoh dan demonstrasi. Pengunjung boleh mencuba sendiri.

  • Demonstrasi Aplikasi al-Tadribat al-Fawriyyah secara live meyakinkan pengunjung akan keberkesanan dan kesesuaian penggunaannya dalam PdPc.

Ketepatan bahasa

  • Bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab Fusha yang disesuaikan kepada laras bahasa komunikasi yang mudah dan santai.

​

PENCAPAIAN

​

Projek inovasi ini telah dipamerkan dalam Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2017, UKM : 17-18 Disember 2017 dan telah memenagi PINGAT PERAK.

© 2018 Amilrudin Ishak
bottom of page